Fitnah, memalukan: Che Ta ambil tindakan mahkamah

Iklan
Rozita Che Wan

PELAKON Rozita Che Wan tampil memberi jawapan balas terhadap isu bayaran pemandu peribadinya seperti yang tular sejak semalam.

Menurut Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta, dia sudah pun melunaskan bayaran gaji terhadap pemandu peribadi yang dikenali dengan nama Muhammad Riduan itu, berjumlah RM2000 hari ini.

Iklan
Iklan

Sungguhpun begitu, Che Ta tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan tegas terhadap Muhammad Riduan.

"Dengan apa yang dia (Muhammad Riduan) dah buat kepada saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas.

Iklan

"Kami sudah berhubung dengan peguam untuk tindakan mahkamah. Malah kami juga nak buat saman malu dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka,” kata Che Ta.

Ulas Che Ta, dia tidak pernah langsung tidak membayar gaji pekerjanya.

Iklan

"Gaji dia bulan pertama dibayar seperti biasa. Cuma untuk bulan Februari saya terlambat bayar kerana tidak masuk ke pejabat untuk menguruskan hal kerja termasuk pembayaran gaji. Kebiasaannya saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum masuk tarikh ketujuh bulan seterusnya. Itu standard biasa.

"Bulan Februari saya banyak urusan kerja luar dan tak dapat masuk ke pejabat.

"Semalam pada tarikh 6 Mac saya baru masuk pejabat. Selesai urusan yang patut termasuk mesyuarat, saya sudah bersedia nak isukan cek kepada pembantu peribadi... tiba-tiba dia buat hal viralkan perkara ini. Saya asalnya sudah nak bayar dan dia juga sudah bersetuju dengan jumlah gaji yang akan dibayar,” katanya.

Berkenaan dengan status yang dimuat naik oleh pemandu peribadinya itu yang bekerja sehingga lewat malam, Che Ta turut memberi jawapan balas.

"Kalau dia muat naik dalam status di Facebook, cakap kena kerja pada dari jam 7 pagi hingga 12 malam sampai letih. Kenapa tak tulis pula sepanjang masa itu, masa banyak dihabiskan dengan membuta (tidur). Tak cukup saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau. Sebelah malam pula sanggup ambil kerja lebih masa dengan menjadi pemandu Grab sampai lewat pagi.

"Soal nak buat kerja lain itu saya tak pernah larang, tapi sampai etika kerja jadi ‘ke laut’ hingga tak datang tepat waktunya, apa saya patut beri muka dengan orang macam ini. Banyak kesalahan dan masalah yang ditimbulkan, tapi saya cuba pejam mata. Nampak gayanya, dia cuba menguji tahap kesabaran diri.

"Daripada awal dia bersetuju nak kerja dalam tempoh jam yang panjang. Tapi dalam sepanjang tempoh itu bukan dia kena bekerja pun. Dalam seminggu pun ada kalanya dia hanya perlu datang dalam tiga atau empat hari. Kalau saya bercuti atau tiada dalam KL, tugasnya tidak diperlukan. Malah ada kalanya, Zain yang menjadi pemandu,” katanya.

Che Ta secara peribadi menyifatkan lelaki itu seorang yang baik, namun masih terlalu muda dan belum cukup matang.

"Ketika ketika sebut kesalahannya waktu bekerja, dia sendiri mengakuinya. Dia sedar yang tak patut buat kerja lain jika ia mengganggu prestasi kerja. Dia pernah terlelap waktu tidur ketika kami dalam perjalanan ke Johor. Saya minta dia berhenti memandu dan membasuh mukanya. Dia harus fikir dengan sikapnya itu, nyawa orang lain boleh tergadai.

"Saya dan Zain pun rasa yang dia sebenarnya dihasut oleh rakan dan orang sekeliling untuk memuat naik status berunsur provokasi. Dengan cara budi bahasa dimilikinya, dia takkan tulis sebegitu,” katanya.