Rancang perjalanan, elak kunjungi R&R sesak

Iklan
Tinjauan Sinar Harian di kawasan R&R Gombak mendapati pengguna lebuh raya mematuhi SOP mencegah penularan Covid-19.

GOMBAK - Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengingatkan pengguna lebuh raya agar merancang perjalanan dengan baik sebelum menggunakan lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan.

Selain itu, LLM turut menasihatkan pengguna lebuh raya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak mengunjungi R&R yang sesak.

Iklan
Iklan

"Secara keseluruhannya trafik di semua lebuh raya bertol sekitar Lembah Klang masih lancar dan terkawal. Sentiasa patuhi SOP bagi membendung penularan Covid -19.

"Sentiasa memakai pelitup muka. Kurangkan risiko kepada jangkitan Covid-19. Selamat menyambut Maulidur Rasul," ciap LLM menerusi laman Twitternya pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kawasan R&R Gombak pada Selasa mendapati pengguna lebuh raya dilihat terus mematuhi SOP mencegah penularan Covid-19.

Pengusaha premis makanan turut mengambil peranan masing-masing dengan memastikan hanya pengunjung yang lengkap divaksinasi dibenarkan makan dan minum di kawasan itu.

Iklan

Malah, pasukan peronda juga dilihat kerap melakukan pemantauan terhadap pematuhan SOP orang awam di kawasan terbabit dari masa ke masa bagi mengelak kejadian tidak diingini.