Dua letupan gegar Kabul

Iklan
Pasukan keselamatan Afghanistan berkawal di lokasi serangan.

KABUL - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya dua letupan menggegar sebuah majlis dihadiri ahli politik di barat Kabul, hari ini.

Bagaimanapun tiada laporan kecederaan atau kematian susulan serangan itu.

Iklan
Iklan

Letupan itu berlaku semasa upacara memperingati ulang tahun ke-24 kematian pemimpin Syiah, Hazara Abdul Ali Mazari yang turut dihadiri ramai golongan elit antaranya Ketua Eksekutif Abdullah Abdullah dan bekas Presiden Hamid Karzai.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan. - AFP

Iklan
Iklan