Statistik bantu kenal pasti rakyat perlukan bantuan

Iklan
Mustapa ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Statistik Negara (HSN)di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Putrajaya pada Rabu.

PUTRAJAYA - Statistik diperoleh kerajaan membantu mengenal pasti rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pandemik Covid-19 telah meningkatkan kepentingan statistik dengan mengetahui maklumat terkini mengenai pengangguran dan inflasi.

Iklan
Iklan

"Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kerajaan telah berusaha menangani kesan akibat Covid-19 dari sudut kesihatan dan ekonomi.

"Apa yang telah kita pelajari ialah terdapat keperluan hari ini untuk menyusun dan menyebarkan statistik granular dan 'real time'.

Iklan

"Sebagai contoh, dalam memberikan bantuan kepada rakyat, kita memerlukan mekanisme data yang lebih mantap bagi menjejaki perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan kumpulan yang berada di bawah garis kemiskinan,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) bertemakan ‘Connecting The World With Data We Can Trust’ dan Persidangan Statistik Malaysia (MyStats) 2021 di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di sini pada Rabu.

Sementara itu, Mustapa berkata, meskipun dilanda pandemik Covid-19, tiada penerbitan DOSM yang terjejas.

Iklan

Malah, katanya, semua 519 penerbitan pada tahun 2020 dan 269 penerbitan pada tahun 2021 telah dikeluarkan tepat pada masanya setakat 30 September lepas.

Beliau berkata, sehingga 14 Oktober lalu, sebanyak 90 peratus daripada penduduk telah diliputi dalam bancian dan DOSM berusaha menyelesaikannya pada akhir bulan ini.

"Sudah tentu kita menghadapi beberapa cabaran terutama berkenaan dengan banci penduduk yang sepatutnya selesai pada 24 Oktober 2020. Kerajaan terpaksa menangguhkannya beberapa kali.

"Statistik adalah sangat relevan kerana kita perlu lebih banyak data sebagai mekanisme membuat keputusan.

"Marilah kita menghargai pembanci di negara kita serta di seluruh dunia atas sumbangan mereka kepada kemajuan dunia,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, DOSM melancarkan Sistem Pemantauan Ekonomi Malaysia yang ditonjolkan dalam bentuk 'dashboard' dengan paparan grafik, memberikan gambaran keseluruhan situasi ekonomi semasa berdasarkan prestasi petunjuk ekonomi utama terpilih.

Jelasnya, paparan secara visualisasi interaktif itu memudahkan masyarakat untuk mengakses dan cakna dengan keadaan ekonomi semasa ia boleh dilakukan melalui portal jabatan.

"DOSM sebagai sebuah organisasi yang diberikan mandat dalam mengeluarkan statistik rasmi negara telah mengambil langkah lebih proaktif mengeluarkan statistik mengikut keperluan pengguna.

"Ketika ini, permintaan terhadap statistik granular dan holistik semakin meningkat bagi menghadapi krisis ini.

"Dengan kerjasama semua anggota jabatan dan agensi berkaitan, maklumat-maklumat ini telah dapat dibekalkan dan membolehkan tindakan serta keputusan yang pantas dan bertepatan dapat dilaksanakan,” jelas beliau.