MMA desak SPR larang kempen secara fizikal

Iklan

SHAH ALAM- Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melarang semua kempen yang berbentuk fizikal menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presidennya, Dr Koh Kar Chai berkata, platform digital atau maya harus digunakan untuk berkempen bagi mengelakkan lonjakan kes Covid-19 berlaku kembali.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, meskipun negara dalam fasa pemulihan tetapi masih belum berada dalam keadaan selamat.

"Kami sangat menyarankan agar tidak berkempen secara fizikal kerana setiap pertemuan bersemuka antara ahli politik dan rakyat boleh menyebabkan peningkatan dan penyebaran Covid-19 di negeri ini.

Iklan

"Demi kepentingan kesihatan dan keselamatan rakyat, 'normal lama' dalam kempen politik yang melibatkan lawatan dari rumah ke rumah, perjumpaan dan ceramah harus dielakkan.

"Sekiranya ahli politik benar-benar menjaga kepentingan terhadap rakyat, mereka harus menunjukkannya dengan memilih cara untuk berkempen yang selamat dan tidak membahayakan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, jelas beliau, selama hampir dua tahun masyarakat tidak mempunyai pilihan selain menyesuaikan diri dengan normal baharu bekerja dari rumah dan berkomunikasi menggunakan platform maya atau digital.

Tambahnya, ramai dalam kalangan rakyat negara ini masih menggunakan platform itu untuk mengelakkan kemungkinan pendedahan kepada Covid-19 melalui kontak rapat.

"Oleh itu, atas sebab yang sama, ahli politik juga harus menyesuaikan diri dengan normal baru dan berkempen secara maya.

"Meskipun mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi melebihi 90 peratus, Covid-19 masih merebak walaupun menerima vaksin sepenuhnya boleh dijangkiti dan menyebarkan kepada yang berisiko tinggi dan yang tidak divaksinasi iaitu kanak-kanak di bawah usia 12 tahun,” ujarnya.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan keprihatinan atas kemungkinan varian baru akan muncul ekoran peningkatan perjumpaan semasa tempoh berkempen di PRN Melaka.

"Walaupun pihak berkuasa telah memberi jaminan bahawa prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akan berlaku, persoalan yang harus kita tanyakan ialah siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya kes berlaku di Melaka?

"Kesalahan dan kegagalan mengawal penyebaran Covid-19 semasa PRN Sabah yang diadakan tahun lalu tidak harus berulang di Melaka. Kita semua mesti bertanggungjawab sepenuhnya kali ini,” katanya.