Pematuhan SOP rendah punca kes Covid-19 tinggi di Kelantan

Iklan
Gambar hiasan

KOTA BHARU - Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang rendah dalam kalangan masyarakat terutamanya penerima dua dos vaksin Covid-19 antara punca jangkitan pandemik itu masih tinggi di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan mengakui kes jangkitan Covid-19 di negeri ini masih tinggi walaupun capaian sasaran untuk vaksinasi imuniti kelompok berjaya dilaksanakan.

Iklan
Iklan

"Kita akui, memang masih tinggi, seluruh negara pun sama. Tinggi ini antara puncanya ialah pematuhan SOP yang rendah dalam kalangan mereka yang dapat dua dos.

"Mereka yang ada dua dos ini akan buat tidak kisah, tidak jaga penjarakkan, tidak pakai pelitup muka rasa kebal sebab sudah cucuk dua dos vaksin.

Iklan

"Ini yang kita usaha tekankan supaya kesedaran di kalangan mereka yang sudah menerima dua dos ini tidak lalai menjaga SOP dengan baik," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Mohd Amar sebelum itu menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan MABNA, Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Iklan

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dos penggalak melibatkan kakitangan kerajaan negeri, Mohd Amar berkata, pihaknya hanya menunggu keputusan daripada agensi yang terlibat untuk sebarang tindakan lanjut.

"Kita belum ada keputusan lagi sama ada perlu atau tidak kepada dos penggalak ini. Kalau ia sudah jadi dasar kerajaan, kita akan ikutlah.

"Keputusan ini Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan maklum nanti. Kita ikut saja," katanya.