Lelaki ditahan buat panggilan 180 kali sehari terhadap bekas kekasih

Iklan
Seorang lelaki di Itali ditahan kerana membuat panggilan telefon 180 kali sehari terhadap bekas kekasihnya dan turut mengancam mahu membunuhnya. - Foto 123RF

ROM - Polis Itali menahan seorang pengintai maya yang didakwa membuat panggilan telefon kepada bekas kekasihnya sebanyak 180 kali sehari dan mengancam mahu membunuhnya.

Polis pada Selasa memaklumkan, lelaki berusia 56 tahun itu sering mengekori bekas kekasihnya selain turut merosakkan kereta wanita berkenaan, lapor Agensi Berita ANSA.

Iklan
Iklan

Dia ditahan di Bari, Puglia.

Antara ancaman terakhir lelaki itu kepada bekas kekasihnya adalah,"Kisah ini hanya akan tamat apabila saya bunuh awak." - Bernama

Iklan
Iklan