Sebuah kenderaan meredah lopak air yang bertakung berikutan hujan lebat sepanjang hari di Lingkaran Tengah, Seremban ketika tinjauan, hari ini.
Ramalan cuaca di daerah Seremban yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan kawasan ini menerima taburan hujan sepanjang hari dan terdapat ribut petir di beberapa tempat.
Hujan sepanjang hari menjadikan suhu di kawasan tersebut serendah 24 darjah Celcius. - Foto Bernama