Penduduk Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau, melihat keadaan semasa jalan raya terputus hubungan ekoran banjir kilat disebabkan limpahan air dari beberapa sungai akibat hujan lebat berterusan sejak pagi sehingga pukul 6 petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata banjir kilat membabitkan kawasan Kampung Tanjung Sena Hilir, Kampung Sungai Ibor, Kampung Minching, Kampung Paya Besar, Kampung Merbau 9, Kampung Sungai Batu, Kampung Raden dan Kampung Pulau Besar. - Foto Bernama