KLUANG - Polis sedang menyiasat kejadian senaskhah al-Quran yang dibakar dan dijumpai di Tasik Taman Sri Impian, dekat sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang menjumpai senaskhah al-Quran yang dibakar dan hanya tinggal cebisan ayat sahaja ketika sedang bersenam di tasik berkenaan pada jam 8.48 pagi.