JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 242 juta.
Angka terkini menurut data Johns Hopkins University adalah sebanyak 241,929,587, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data tersebut menunjukkan, Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 45,199,397 kes.
Ini diikuti India dengan 34,108,996 kes, Brazil (21,664,879) dan United Kingdom (8,629,856) manakala Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang merekodkan lebih tujuh juta kes.
Argentina melebihi 5 juta kes, diikuti Colombia dan Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan jumlah 4,237,201.
Ini diikuti dengan Filipina dengan 2,735,369, Malaysia (2,407,382), Thailand (1,811,852) dan Singapura (158,587).
Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini mencecah 4,919,537.
Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 730,209 kes.
Ini diikuti Brazil dengan 603,855 kes, India sebanyak 452,651 kes, Mexico (284,925), dan Rusia (222,320).
United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Jerman merekodkan angka korban sebanyak 94,821, sementara Sepanyol, 87,082.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka korban akibat Covid-19 dengan 143,077 kematian.
Filipina di tangga kedua dengan 40,977, diikuti Malaysia (28,138), dan Thailand (18,486). - Awani