PETALING JAYA - Seorang warga emas berusia 73 tahun patah pergelangan tangan akibat dipukul dengan sebatang kayu oleh anaknya yang merupakan penagih dadah dalam kejadian di sebuah rumah di Pelangi Damansara di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita berkenaan disahkan mengalami kecederaan itu sewaktu mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).