Kesemua PPS di Kuala Muda ditutup

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 21 Oktober 2021.

ALOR SETAR - Tiga pusat pemindahan sementara (PSS) di Kuala Muda yang dibuka berikutan banjir kilat selepas hujan lebat lebih tiga jam di daerah tersebut ditutup sepenuhnya pada Khamis.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdulah berkata, kesemua PPS yang menempatkan 162 mangsa banjir dari 39 keluarga ditutup pada jam 1 petang.

Iklan
Iklan

Saifuddin memaklumkan tiga PPS itu melibatkan Dewan Kampung Bukit, Surau Taman Kenari dan Masjid Al-Huda Kampung Jerung.

"Setakat jam 2 petang, tiada mangsa banjir di PPS Dewan Kampung Jerung yang dibuka pada 11.32 malam Rabu apabila kesemua mereka telah pulang ke rumah masing-masing.

Iklan

"Begitu juga, keadaan di PPS Surau Taman Kenari dan Masjid Al-Huda Kampung Jerung apabila PPS terlibat ditutup pada jam 1 petang Khamis," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Khamis, tiga PPS dilaporkan dibuka di daerah Kuala Muda bagi menempatkan 162 mangsa banjir dari 39 keluarga setakat jam 2 pagi Khamis berikutan banjir kilat setelah hujan lebat lebih tiga jam di daerah itu.

Iklan

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Kapten (PA) Azahar Ahmad dilaporkan berkata, tiga PPS itu membabitkan Surau Taman Kenari (13 mangsa), Dewan Kampung Bukit Belah Batu 2 (18 mangsa) dan Masjid Al-Huda Kampung Jerung (131 mangsa).