Sultan Sharafuddin zahir takziah pemergian balu Bendahara Selangor

Iklan
Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis pemakaman Almarhumah Tengku Thuraya di Makam Diraja Klang, pada Khamis.- Foto ihsan Facebook Selangor Royal Office

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan perutusan takziah kepada waris keluarga Bendahara Selangor, Tengku Azman Shah Alhaj Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj atas pemergian Almarhumah Tengku Thuraya Almarhum Sultan Ibrahim.

Menerusi kemas kini di laman Selangor Royal Office, Almarhumah merupakan balu kepada Tengku Azman yang dilaporkan mangkat pada Rabu di usia 93 tahun.

Iklan
Iklan

Katanya, Sultan Sharafuddin turut berkenan berangkat ke majlis pemakaman yang berlangsung di Makam Diraja Klang, di sini pada jam 9 pagi Khamis.

"Sultan Selangor berkenan menzahirkan perutusan takziah buat waris keluarga khususnya anakanda Almarhumah, Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj," menurut kemas kini itu.

Iklan
Iklan

Turut sama berangkat ke majlis pemakaman itu adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.