Pemandu jengkaut terperangkap arus deras diselamatkan

Iklan
Seorang pemandu jengkaut yang terperangkap di seberang sungai dalam kejadian air deras akibat hujan lebat berhampiran Pusat Rekreasi Batu Hampar diselamatkan anggota JBPM Kedah pada Rabu. Foto: Ihsan JBPM Kedah

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menyelamatkan seorang pemandu jengkaut yang terperangkap di seberang sungai dalam kejadian arus deras akibat hujan lebat berhampiran Pusat Rekreasi Batu Hampar di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, S Lethumanan, 30-an dipercayai sedang melakukan kerja pembersihan sebelum terperangkap disebabkan arus deras berikutan hujan lebat.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa yang terperangkap bagaimanapun berjaya diselamatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Dr Rosdi Yusof.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan jam 6.06 petang, komander operasi melaporkan mangsa adalah pemandu jengkaut yang melakukan kerja pembersihan di kawasan air terjun itu.

Iklan

"Bagaimanapun dia diselamatkan dalam operasi disertai lima anggota bomba dengan teknik menyelamat menggunakan tali bagi menyelamatkan mangsa ketika aliran air sungai terbabit sudah perlahan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Beliau memberitahu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya mengalami trauma.

Iklan

Menurut Mohamadul Ehsan, operasi menyelamatkan mangsa tamat sepenuhnya pada jam 8.23 malam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan banjir di kaki Gunung Jerai berulang lagi ekoran hujan lebat berlaku kira-kira jam 4 petang, Rabu menyebabkan paras air sungai mulai meningkat dan melimpah.

Pada 18 Ogos lepas, enam maut dan lebih 1,000 keluarga terjejas akibat tanah dan banjir lumpur berikutan fenomena kepala air di kawasan Gunung Jerai.