Pegawai narkotik ke kediaman Shah Rukh Khan lengkapkan siasatan

Iklan
Shah Rukh Khan bersama anaknya Aryan. - Foto The News.Com

NEW DELHI - Pegawai agensi narkotik India hadir ke kediaman bintang Bollywood Shah Rukh Khan di Mumbai pada Khamis berhubung kes anak lelaki pelakon popular itu.

Anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan, 23, dan beberapa yang lain ditahan Biro Kawalan Narkotik (NCB) pada 3 Oktober lepas, berkaitan kes dadah.

Iklan
Iklan

Media sebelum ini melaporkan, tiada dadah terlarang ditemukan pada Aryan.

Shah Rukh belum memberikan sebarang komen mengenai kes itu dan pada Khamis beliau buat pertama kali melawat anaknya di Penjara Arthur Road Mumbai.

Iklan

Pasukan NCB pergi ke rumah bintang itu untuk melengkapkan siasatan dan bukan bertujuan melakukan penggeledahan, menurut laporan di laman web NDTV.

Mahkamah Tinggi Bombay akan mendengar permohonan ikat jamin Aryan pada minggu depan.

Iklan

Sesetengah pihak di Maharashtra, negeri yang dianggap hab perniagaan dan dunia hiburan Mumbai, mengganggap kes dadah sebagai cubaan menyasarkan Bollywood dengan menyeret nama tersohor dunia ke dalam kontroversi dadah.

Menteri Maharashtra yang juga ahli politik terkemuka, Nawab Malik sebelum ini menganggap kes dadah ini sebagai bohong. - Bernama