Pendakwaan boleh guna keterangan Rosmah dirakam SPRM

Iklan
Rosmah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis membenarkan permohonan pendakwaan menggunakan keterangan Datin Seri Rosmah Mansor yang dirakam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa siasatan pengubahan wang haram.

Ia berhubung keterangannya dalam perbicaraan projek solar hibrid dan pernyataannya kepada SPRM mengenai kes pengubahan wang haramnya.

Iklan
Iklan

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai berhujah.

Ketika membuat penetapan itu, Mohamed Zaini berkata, pihak pendakwaan boleh mencabar kredibiliti Rosmah mengikut Seksyen 32 Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Iklan

"Peruntukan bagi mencabar kredibiliti tertuduh hanya boleh dilakukan mengikut Seksyen 145 dan 155 Akta Keterangan 1950 serta bukan di bawah Seksyen 72 AMLA.

"Namun, mahkamah menolak permohonan pendakwaan untuk menyoal balas karakter tertuduh mengikut Seksyen 54 Akta Keterangan 1950,” katanya.

Iklan

Mahkamah juga tidak mengizinkan soalan-soalan yang menjurus kepada kes pengubahan wang haram.

Prosiding perbicaraan bersambung 8 Disember ini.