Rogol bukan bahan jenaka: Ahmad Faizal

Iklan
Ahmad Faizal

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, rogol bukan bahan jenaka dan tidak harus diberi toleransi dalam apa jua keadaan sekalipun.

Ahmad Faizal memberi respon di Twitter miliknya terhadap kenyataan daripada ratu terjun negara, Datuk Pandalela Rinong yang tular.

Iklan
Iklan

"Rogol bukan bahan jenaka dan tidak boleh diberi toleransi kerana keselamatan para atlet perlu diberi keutamaan,” katanya dalam hantaran di Twitter pada Khamis.

Pada Khamis, Pandalela Rinong membuat satu hantaran yang mendakwa seorang bekas jurulatih suka membuat jenaka lucah sebelum individu tersebut berdepan isu rogol yang melibatkan seorang atlet beberapa tahun lepas.

Iklan

Hantaran tersebut tular serta mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya marah dengan isu jenaka lucah tersebut.

Iklan