'Himpunan ICERD untuk suka-suka'

Iklan
Fuziah beramah mesra dengan peserta khatan dalam program itu, hari ini.

KUANTAN - Himpunan aman bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) pada Sabtu ini disifatkan perhimpunan untuk suka-suka sahaja.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, isu ICERD sudah tidak timbul lagi ketika ini.

Iklan
Iklan

"Bagi saya perhimpunan yang suka-suka sajalah... sebab dah tak ada isu ICERD dah," katanya ketika diminta mengulas mengenai himpunan berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD]

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD: Tak perlu teruskan himpunan]

Fuziah ditemui selepas merasmikan Program Khatan beramai-ramai 2018 Kanak-Kanak Taman Seri Inderapura Kuantan di Masjid Ittifaqiah Inderapura, di sini, hari ini.

Iklan

Pada 24 November lalu, Kabinet membuat keputusan untuk tidak akan meratifikasikan ICERD.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, ia adalah kehendak rakyat yang mempertahankan keluhuran Perlembagaan.

Bagaimanapun, Pas, Umno dan beberapa NGO difahamkan mahu meneruskan himpunan secara besar-besaran Sabtu ini.

Sementara itu, dalam program hari ini, seorang peserta khatan, Adam Fariz, 7, berkata, dia bersedia untuk berkhatan selepas dimaklumkan oleh abangnya bahawa dia boleh berada di saf hadapan apabila mengerjakan solat berjemaah.

Katanya, pada mulanya dia berasa takut, tetapi selepas mendengar pengalaman dari abangnya, perasaan takut itu hilang.

"Bila dah lalui sendiri proses itu ternyata ia tidak la menyakitkan pun... terasa tu memang rasa, tapi buat tak tahu saja," katanya.