Rumah terbakar, lelaki melecur di badan

Iklan
Keadaan rumah berkenaan selepas api dipadamkan pihak bomba.

KUALA KETIL- Seorang lelaki melecur di badan dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Kuala Lesong, petang ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 3.08 minit petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian mengakibatkan rumah itu hampir 70 peratus musnah.

"Dalam kejadian itu seorang lelaki melecur di badan dan telah dibawa ke hospital sebelum pihak bomba sampai.

Iklan
Iklan

"Tindakan pemadaman dibuat oleh Pasukan Bomba Simpanan (PBS) Kuala Ketil dan Bukit Selambau. Operasi terkawal pada jam 3.59 petang," katanya.