Norhizam enggan ulas keputusan Majlis Presiden PH

Iklan
Norhizam

MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee enggan mengulas mengenai keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Norhizam yang bertanding atas kerusi parti DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebelum menjadi wakil rakyat bebas memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan itu dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Nanti saya komen ya...nanti saya komen, semua wartawan hubungi saya," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Majlis Presiden PH memutuskan bahawa Norhizam tidak lagi akan menjadi calon PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Iklan

Menurutnya, PH telah menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang isu empat bekas ADUN Melaka.

Pada Selasa lalu, Norhizam dilihat hadir dalam satu perjumpaan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka bersama Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: PH putuskan Norhizam bukan calon PRN Melaka

Turut hadir, bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; bekas ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari menjelaskan kehadiran Idris bersama tiga bekas Adun berkenaan adalah atas jemputan pihaknya.

Norhizam pada 4 Oktober lalu antara empat ADUN yang menarik sokongan dan menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Ekoran itu, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam membuat keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.