Malaysia kaji sistem pembayaran gaji pekerja asing di UAE

Iklan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan. - Foto fail Bernama

PUTRAJAYA - Sistem pembayaran gaji pekerja asing yang dilaksanakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara yang menarik perhatian Malaysia untuk kajian penambahbaikan berhubung pengurusan pekerja asing di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr M Saravanan dalam satu kenyataan berkata, sistem itu adalah antara topik yang dibincangkan dengan rakan sejawatannya, Dr Abdulrahman Abdulmannan Al-Awar ketika beliau melakukan kunjungan hormat di Dubai pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Sistem pembayaran gaji sistematik yang dilaksanakan kerajaan UEA itu dilihat sebagai suatu sistem berkesan sekali gus melindungi kepentingan pekerja asing," katanya.

Malaysia ketika ini sedang dalam peringkat akhir memperhalusi sistem e-Wages yang bakal dilancarkan tidak lama lagi untuk memastikan setiap pekerja di negara ini termasuk warga asing dibayar gaji dan upah seperti yang dijanjikan majikan.

Iklan

Saravanan berkata, pelbagai isu berkaitan turut dibincangkan termasuk aspek perburuhan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan pekerja asing,

Beliau berkata, pertemuan turut membincangkan peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan UAE melalui perjanjian dua hala bagi golongan profesional dan pekerja berkemahiran tinggi.

Iklan

"Ini termasuk kemungkinan tawaran pekerjaan. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam antara pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua negara,” katanya.

Lebih 6,000 rakyat Malaysia kini bekerja di UAE terutama dalam sektor petroleum dan kesihatan. - Bernama