KELAB Liga Perdana Inggeris, West Ham United semakin menghampiri slot peringkat kalah mati saingan Liga Europa selepas mengatasi Genk, 3-0 dalam perlawanan di Stadium London, awal pagi Jumaat.
Tiga jaringan dihasilkan Craig Dawson pada minit ke-46', Issa Diop (57') dan Jarrod Bowen (58') membolehkan anak buah David Moyes mengekalkan momentum kemenangan 100 peratus saingan Kumpulan H tersebut.
Iklan
Iklan
Tiga mata itu membolehkan The Hammers berada di puncak kumpulan saingan tahap dua Eropah tersebut dengan sembilan mata mengatasi pencabar terdekat Dinamo Zagreb, Rapid Vienna dan Genk masing-masing dengan tiga mata.
Sementara itu, kelab Serie A, Napoli menghidupkan semula peluang mara ke pusingan seterusnya setelah membenam Legia Warsaw, 3-0 dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Diego Armando Maradona.
Tiga gol daripada Lorenzo Insigne pada minit ke-76', Victor Osimhen (80') dan Matteo Politano (95') membolehkan kelab Itali itu menghuni tempat kedua kumpulan mengatasi pencabar terdekat Leicester City yang menang tipis 4-3 mengatasi Spartak Moscow di Rusia pada Khamis.