Konflik Afghanistan: Keputusan Biden berundur tepat - Putin

Iklan
Vladimir Putin

SOCHI - Presiden Rusia, Vladimir Putin berpandangan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden membuat keputusan yang tepat dengan mengundurkan tenteranya dari Afghanistan.

Putin turut menyatakan, masyarakat antarabangsa 'semakin hampir' untuk mengiktiraf kumpulan Taliban sebagai pemerintah baharu Afghanistan secara rasmi.

Iklan
Iklan

"Sudah tentu, Presiden AS (Joe Biden) melakukan perkara yang betul mengundurkan tentera dari Afghanistan.

"Dia mungkin memahami, mungkin tidak tahu secara terperinci bagaimana hal itu akan berlaku, tetapi memahami bahawa ia akan menjadi salah satu garis serangan dalam politik dalaman atau yang lain.

Iklan

"Tetapi dia melakukannya, memikul tanggungjawab ini," katanya.

Dalam masa yang sama, Putin menggesa Taliban menyedari kepentingan semua etnik Afghanistan dan menghormati hak asasi manusia. - Awani

Iklan