Roma dibelasah kerana kesilapan Mourinho

Iklan
Mourinho mengakui bertanggungjawab selepas Roma dibelasah.

PENGENDALI AS Roma, Jose Mourinho bertanggungjawab selepas pasukan kendaliannya itu dibelasah kelab dari Norway, Bodo/Glimt 1-6 dalam aksi Liga Conference Europa pada awal pagi Jumaat.

Menurut Mourinho, dia membuat keputusan untuk menurunkan pasukan kedua dalam perlawanan tersebut dan ia menjadi punca kekalahan pasukan dari Itali itu.

Iklan
Iklan

"Saya memutuskan untuk menurunkan pasukan dan pemain ini, jadi ia tanggungjawab saya. Saya melakukannya dengan niat yang baik kerana mahu memberikan peluang kepada pemain yang bekerja keras dan tidak mendapat banyak peluang bermain.

"Saya membuat keputusan untuk merehatkan pemain yang sentiasa bermain dan kami tewas kepada pasukan yang memiliki lebih banyak kualiti daripada kami. Ia mudah kerana pasukan lawan lebih baik daripada pasukan saya yang memulakan perlawanan hari ini.

Iklan

"Sekiranya saya selalu dapat sentiasa menggunakan pemain utama, saya akan melakukannya. Saya percaya bahawa meletakkan pasukan kedua adalah risiko yang besar. Namun, dalam aksi peringkat kumpulan dengan enam perlawanan dan enam mata sudah diperoleh dan dua lagi permainan untuk dimainkan di Itali, Saya memutuskan untuk membuat perubahan ini.

"Saya tahu mengenai had beberapa pemain kami, itu bukan perkara baru. Tetapi jelas saya mengharapkan usaha yang lebih baik daripada pemain," katanya.

Iklan

Kekalahan itu juga menyaksikan kali pertama Mourinho tewas dengan jaringan yang besar daripada 1,008 perlawanan dalam karier kejurulatihannya.

Dalam perlawanan itu, Erik Botheim dan Ola Solbakken masing-masing meledak dua gol manakala masing-masing satu gol daripada Patrick Berg dan Amahl Pellegrino untuk kemenangan bergaya juara Liga Norway itu.

"Saya tidak pernah menyembunyikan dan saya tahu pasukan yang saya pilih ini mempunyai kekuatan yang terbatas. Perkara paling bagus adalah tiada antara anda semua bertanya kenapa saya sering menggunakan pemain yang sama," katanya.