PASIR PUTEH - Kelantan berharap pembentangan Bajet 2022 oleh kerajaan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober ini dapat memberi lebih tumpuan kepada usaha memulihara dan menjaga alam sekitar menerusi penggunaan teknologi hijau.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar itu penting bagi memastikan generasi masa depan dapat mewarisinya dengan sebaik mungkin.