Usia tidak menghalang pembuat jaring ikan, H.P. Lim, 70, untuk terus menghasilkan jaring ikan dan jaring udang yang ditempah nelayan sekitar Pulau Pinang.
Lim yang berpengalaman dalam bidang tersebut selama 40 tahun dan kelincahan tangannya menjadikan suatu kerajinan yang bermanfaat dalam kehidupannya serta tekun menyiapkan jaring-jaring itu di sebuah kedai usang di Tapak Warisan Unesco di Jalan Dr Lim Chwee Leong.
Iklan
Iklan
Pembuatan jaring ikan secara tradisional masih terus dipertahankan Lim sehingga kini walaupun sudah jarang orang membuatnya secara manual.
Selain mengambil tempahan, beliau juga membaik pulih jaring-jaring ikan yang dihantar nelayan dan memerlukan masa selama seminggu untuk menyiapkannya bergantung kepada kerosakan pada jaring berkenaan.
Bagi menghasilkan jaring ikan yang baharu pula, beliau mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkannya, tetapi kini beliau hanya fokus kepada membaik pulih jaring ikan berikutan faktor usia.
Lim, yang hanya belajar membuat jaring ikan ketika bekerja di sebuah kedai pembuat jaring berkata bayaran sebanyak antara RM180 hingga RM200 dikenakan untuk membaik pulih jaring yang dihantar nelayan.
Selain membuat jaring ikan, beliau juga menghasilkan jaring tiang bola Futsal. Kelihatan Lim sedang membaik pulih jaring yang dihantar nelayan di kedainya. - Foto Bernama