Covid-19: 6,630 kes positif baharu

Iklan
Sebanyak 6,630 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 6,630 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.

Angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding Khamis, iaitu 6,210 kes.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,420,222 kes.

"Hanya 1.5 peratus atau 101 kes daripada 6,630 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan setakat 12 tengah hari Jumaat melibatkan individu dalam kategori tiga, empat dan lima.

Iklan

"Kategori tiga merujuk kepada individu yang mempunyai radang paru-paru, kategori empat memerlukan bantuan oksigen dan kategori lima memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Iklan