Taman Negara Johor dibuka 1 November

Iklan
Tunku Idris

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Kesemua Taman Negara di Johor yang diarahkan tutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak Jun lalu akan kembali beroperasi pada 1 November ini.

Penaung Diraja Perbadanan Taman Negara Johor, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim melalui Royal Press Office pada Jumaat memaklumkan pembukaan semula itu akan merancakkan kembali sektor pelancongan Johor selain membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Iklan
Iklan

Tunku Idris turut berharap pengunjung akan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri.

"Taman-Taman Negara Johor bukan sahaja menjanjikan sebuah destinasi eko-pelancongan yang menarik buat pengunjung malah kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna,” katanya.

Iklan

Terdapat enam lokasi yang telah diisytiharkan sebagai Taman Negara Johor di seluruh negeri membabitkan Taman Negara Endau-Rompin Peta dan Taman Negara Endau-Rompin Selai di Segamat.

Turut disenaraikan, Taman Laut Sultan Iskandar di Mersing, Taman Negara Gunung Ledang di Tangkak, Taman Negara Tanjung Piai, Taman Negara Pulau Kukup dan Taman Negara Ramsar yang ketiga-tiganya di Pontian.

Iklan

Tunku Idris turut mengakui kesemua Taman Negara itu mempunyai peminatnya yang tersendiri selain menerima ribuan pengunjung kerana banyak aktiviti menarik di kawasan itu.

"Saya amat menggalakkan orang ramai untuk menikmati keindahan alam semula jadi di Taman Negara ini. Kedatangan pengunjung bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat tetapi juga pendapatan kepada Perbadanan Taman Negara Johor untuk meneruskan usaha-usaha konservasi alam sekitar.

"Pada masa sama, mari kita bersama menjaga kebersihan dan keindahan Taman Negara Johor,” katanya.