Pemilik syarikat didakwa guna logo halal tanpa perakuan

Iklan
Sue Guat didakwa menggunakan logo halal tanpa diperakui JAIPk di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Jumaat.

KUALA KANGSAR - Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Jumaat atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pihak berkuasa pada produk makanan, Jun lalu.

Teoh Sue Guat, 71, selaku pemilik syarikat Angsana Kangsar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Iklan
Iklan

Dia didakwa menggunakan logo halal tanpa mendapat perakuan daripada pihak berkuasa berwibawa iaitu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 26 bungkusan kuetiau goreng dan 11 bungkus mitiau jenama cap Angsana berat 500 gram.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah Perintah 8 (a) perintah yang sama.

Iklan

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohd Azrul Faidz Abdul Razak bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap warga emas terbabit yang tidak diwakili peguam.

Iklan

Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 November ini bagi sebutan semula kes serta lantikan peguam.