Ayah Su direman lima hari lagi

Iklan
Ayah su (tengah) memakai baju lokap tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada jam 9.30 pagi sambil diiringi oleh anggota polis.

KOTA BHARU - Bomoh 'durjana' yang dikenali sebagai Ayah Su direman selama lima hari lagi bagi membantu siasatan berkait kes rogol ke atas seorang wanita semasa melakukan rawatan di Tendong, Pasir Mas pada 14 Oktober lalu.

Perintah reman sehingga Selasa itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kota Bharu, Muhammad Fitri Mokhtar ke atas suspek yang berusia 67 tahun.

Iklan
Iklan

Suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada jam 9.30 pagi sambil diiringi oleh anggota polis.

Sinar Harian pada 17 Oktober lalu melaporkan seorang pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai Ayah Su memperdayakan mangsa yang mengalami masalah gangguan makhluk halus dengan cara menyentuh kemaluan mangsa sebelum melakukan persetubuhan ketika proses rawatan.

Iklan

Kaedah rawatan 'keji' itu terbongkar apabila salah seorang mangsa membuat laporan polis pada Khamis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sentuh kemaluan, bersetubuh rawatan gangguan makhluk halus'