56 pengunjung kelab malam dikompaun RM320,000

Iklan
Seramai 56 pengunjung kelab malam dikenakan kompaun berjumlah RM320,000.

KUALA LUMPUR - Seramai 56 orang pengunjung di sebuah kelab malam dikenakan kompaun berjumlah keseluruhan RM320,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan premis berkenaan diserbu polis, pada Khamis.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, Ops Khas Kontinjen Kuala Lumpur itu dijalankan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

"Pemilik premis dikompaun sebanyak RM25,000 kerana didapati melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN fasa empat (melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam).

Ujian saringan air kencing yang dibuat terhadap 23 orang pengunjung yang dipilih secara rawak

"Seramai 56 pengunjung terdiri daripada 36 lelaki dan 20 wanita pula dikenakan kompaun berjumlah RM320,000 keseluruhannya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Azman berkata, ujian saringan air kencing yang dibuat terhadap 23 orang pengunjung yang dipilih secara rawak kesemuanya didapati negatif.

Tambahnya, operasi sedemikian akan dijalankan dari masa ke semasa dalam usaha membantu memerangi penularan Covid-19.

Iklan