Tindakan tegas perlu diambil terhadap antivaksin

Iklan
Muhyiddin yang juga ADUN Gambir beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Tempatan DUN Gambir di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak hari ini.
 - Foto Bernama

TANGKAK - Tindakan tegas perlu diambil terhadap golongan yang enggan divaksin tanpa alasan kukuh selain mempertimbangkan vaksinasi sebagai mandatori kepada semua terutama dalam tempoh pemulihan negara.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun bilangan yang enggan menerima vaksin Covid-19 hanya antara lima hingga 10 peratus namun sikap mereka boleh membawa mudarat kepada kelompok lebih besar selain berisiko menjadi pembawa virus itu.

Iklan
Iklan

"Kalau mereka tidak menerima vaksinasi, mereka tak boleh pakai MySejahtera kerana dalam MySejahtera, kalau dah dapat vaksin, akan diberi sijil vaksinasi.

"Di mana tempat kita masuk, masjid pun kena imbas, restoran pun kena imbas, warung pun kena imbas, jadi kalau mereka tiada sijil, secara semula jadi menafikan hak mereka untuk mendapat kemudahan, sama ada nak ke restoran ke, masjid ke atau ke hotel ke, nak makan di mana sekalipun, sebab itu (imbas MySejahtera) sudah jadi satu amalan di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pemimpin tempatan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir di sini pada Jumaat.

Iklan

Menurut Muhyiddin tindakan agak tegas perlu segera diambil kerajaan dan bukan sahaja kawalan kendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir itu berkata, sudah tiba masanya kerajaan memperhalusi cadangan pengambilan vaksin Covid-19 sebagai mandatori kerana masih terdapat golongan yang enggan menerima vaksin kerana terpengaruh dengan berita tidak sahih.

Iklan

"Kita kini berada di penghujung program vaksinasi dan terdapat peratusan populasi tertentu yang menolak untuk mendapatkan vaksin, jadi kerajaan perlu melihat apakah sebab sebenar.

"Kita memahami jika anda mempunyai jenis penyakit atau masalah tertentu yang doktor boleh sahkan, maka tidak mengapa tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai sebab...mungkin mereka membaca banyak laporan luar negara yang menimbulkan ketakutan kepada mereka," katanya. - Bernama