PEMAIN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengejutkan juara Piala Thomas, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia untuk mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Denmark pada Jumaat.
Dalam saingan itu pasangan pilihan ke-26 dunia itu membuat kejutan dengan menewaskan pasangan pilihan ketujuh dengan 21-18, 21-17 dalam masa 34 minit di Odense Sports Park.