94.4 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

Iklan
Sebanyak 97.4 peratus atau 22,803,407 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

KUALA LUMPUR - Seramai 22,109,534 individu atau 94.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Jumaat.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.4 peratus atau 22,803,407 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan
Iklan

Selain itu, sebanyak 157,999 dos vaksin harian diberikan pada Jumaat melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 48,831,214 dos.

Iklan

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat Jumaat 1,456,265 atau 46.3 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 80.8 peratus atau 2,540,794 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September lepas. - Bernama

Iklan