Dron bantu kekang seludup PATI

Iklan
Batalion 9 PGA Kuala Terengganu berjaya menahan empat PATI warga Thailand dalam serbuan jam 11.30 malam di kawasan pangkalan haram Guchil, Jeram Perdah, Rantau Panjang pada Khamis.

RANTAU PANJANG - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu berjaya menumpaskan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi rondaan menggunakan dron yang dilakukan di kawasan pangkalan haram Guchil, Jeram Perdah di sini pada Khamis.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, dalam serbuan jam 11.30 malam itu, pihaknya berjaya menahan empat PATI warga Thailand.

Iklan
Iklan

"Selain itu, PGA turut menahan seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai 'tekong darat' untuk membawa PATI tersebut menggunakan kerete jenis Honda Civic," katanya dalam satu kenyatan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pasport yang dimiliki oleh tiga PATI itu telah tamat tempoh.

Iklan

Beliau berkata, salah seorang daripada PATI tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri secara sah.

Nor Azizan berkata, kesemua individu yang ditahan itu dibawa balik ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Kesemua PATI itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan berikutnya.

"Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63," katanya.