Jentera UMNO Sabah akan bantu calon BN PRN Melaka

Iklan
Bung Moktar ketika sesi taklimat bersama Ketua Bahagian dan Ketua Sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO pada Sabtu.

KOTA KINABALU - Jentera UMNO Sabah akan membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 20 November depan.

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, jentera UMNO itu akan berkampung di Melaka sepanjang berkempen dan menjelang pembuangan undi.

Iklan
Iklan

"Kita akan menghantar jentera dan akan diletakkan di satu kawasan daerah mengundi yang ditentukan kemudian membabitkan beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya selepas mengadakan perjumpaan dan sesi taklimat bersama Ketua Bahagian dan Ketua Sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO di sini pada Sabtu.

Bung Moktar yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, jentera akan lebih banyak berkempen dari rumah ke rumah dalam kelompok kecil dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

Iklan

Mengulas perkembangan lain, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan mahu semua kepimpinan UMNO Bahagian Wanita Pemuda dan Puteri memberi fokus kepada usaha memperkukuhkan parti melalui gerak kerja di bahagian masing-masing.

"Kita jangan fikir perkara lain, keutamaan kita memperkukuhkan jentera parti, apabila parti kita kuat dan kukuh kita akan dihormati," katanya.

Iklan

"Soal calon dan pemilihan parti ketepikan dahulu dan yang penting UMNO perlu perkukuh dan berada di landasan yang betul.