SERAMAI 134 peserta - 76 lelaki dan 58 wanita dari 24 negara akan menyertai kejohanan ITF World Tennis Tour J1 yang akan berlangsung di pusat Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di Kuching, Sarawak dari 12 hingga 17 Mac ini.
Pengerusi penganjur, Datuk Patrick Liew berkata, para peminat sukan itu dijangka dapat menonton beberapa aksi perlawanan sengit memandangkan kesemua peserta akan berhempas-pulas untuk memungut mata ITF bagi menaikkan kedudukan ranking mereka.