KSM nafi mesej tular tawar elaun sara hidup

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada Sabtu.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan pada Sabtu menafikan kesahihan mesej yang tular menyatakan pihak KSM membuat tawaran elaun sara hidup daripada Tabung Sumber Pembangunan Manusia (Dana Pembangunan Sumber Manusia) yang kononnya untuk mengatasi kesan ke atas pekerjaan disebabkan oleh pandemik Covid-19 seperti yang tular di media sosial.

Iklan
Iklan

KSM turut menjelaskan bahawa mesej tersebut adalah palsu dan pihak KSM menerusi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) tidak pernah menawarkan, menyokong atau mengambil bahagian dalam skim terbabit.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai mesej yang tular berkenaan sebaliknya merujuk laman sesawang KSM di www.mohr.gov.my untuk mendapatkan maklumat mengenai program dan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh KSM dan HRD Corp. - Bernama

Iklan
Iklan