Cubaan pindah minyak secara haram gagal

Iklan
Bot persiaran (kanan) disyaki cuba memindahkan minyak kepada sebuah kapal kargo (kiri) di kedudukan 0.5 batu nautika, barat laut, Terminal Feri Penumpang, Langkawi pada Khamis. FOTO MARITIM MALAYSIA

LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis pada Khamis menggagalkan cubaan dua vesel yang disyaki memindahkan minyak secara haram di kedudukan 0.5 batu nautika, barat laut Terminal Feri Penumpang, Langkawi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, penahanan bot persiaran dan bot kargo itu dilakukan pada jam 2.05 petang selepas aduan awam yang diterima oleh Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bot ronda Perkasa 1225 diatur gerak ke lokasi dan mendapati dua vesel sedang bertambat di tambatan boya dalam keadaan mencurigakan.

"Bot persiaran tersebut disyaki sedang melakukan cubaan memindahkan minyak kepada sebuah kapal kargo.

Iklan

"Pemeriksaan dan geledah mendapati nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran melakukan aktiviti pemindahan minyak atau ‘ship to ship’ (STS)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, bot persiaran bersama nakhoda dan empat kru warga tempatan serta seorang warga Thailand berusia lingkungan 28 hingga 45 tahun itu ditahan untuk siasatan.

Iklan

"Nakhoda kapal kargo dan tiga kru warga tempatan berusia lingkungan 25 hingga 32 tahun turut ditahan dan di bawa ke Jeti Maritim, Bukit Malut untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Tambah Mohd Zawawi, kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(I) dan Seksyen 491B(1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana disyaki menjalankan aktiviti ‘ship to ship’ (STS) tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Jelasnya, sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Maritim Malaysia memandang serius aktiviti di laut secara haram. Sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 dan MERS 999 yang beroperasi