Bina HSR tanpa ke Singapura membazir

Iklan
Mohamed Khaled mendakwa keputusan melaksanakan semula Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan bukan Singapura sebagai satu pembaziran.Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Keputusan melaksanakan semula Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan bukan Singapura sebagai satu pembaziran.

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek tersebut tidak mempunyai nilai ekonomi kerana Johor Bahru bukan satu kuasa besar ekonomi.

Iklan
Iklan

Naib Presiden UMNO itu memberitahu, Singapura adalah kuasa ekonomi Asia mampu menawarkan limpahan kemakmuran ekonomi yang luar biasa kepada Malaysia.

"Halangannya ialah keterhubungan yang pantas, selamat, lestari dan murah.

Iklan

"Dalam era penyambungan pantas, prasarana rel berkelajuan tinggi adalah apa yang Malaysia sangat perlukan sama ada Singapura-Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur-Bangkok, Malaysia wajar membinanya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Juteru katanya, kerajaan tidak perlu membuang masa dan wang dengan cadangan yang tidak berdaya maju, alasan tidak dapat meneruskan projek HSR sehingga ke Singapura disebabkan kos tidak wajar," katanya.

Iklan

Menurutnya, Malaysia memerlukan perancang ekonomi yang boleh membongkar kekuatan sebenar negara ini melalui keterhubungan serantau.

"Saya berharap Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tidak mengulangi pelbagai kesilapan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Saya yakin Perdana Menteri berkehendakkan pemulihan ekonomi Malaysia yang radikal dengan pelaksanaan projek berdaya saing dan berkehasilan berganda.

"Jika tidak, Malaysia akan terus menjadi negara dunia ketiga yang sedikit lebih baik dan membangun dari negara ketiga yang lain," katanya.

Mohamed Khaled berkata, ketika pandemik Covid-19, bandar raya ini berada dalam kedudukan 'kaku' khususnya dalam pertumbuhan dan keberdayaan tanpa pemain, pelabur dan pelancong dari Singapura.