Bekalan air mencukupi di Melaka

Iklan
Air di empangan Melaka cukup untuk menampung keperluan rakyat.

ALOR GAJAH - Bekalan air di negeri ini masih mencukupi apabila paras air di setiap empangan mencatatkan bacaan melebihi 60 peratus bagi menampung keperluan rakyat sepanjang musim panas ini.

EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, paras air di anggap terkawal itu membabitkan tiga empangan iaitu Empangan Durian Tunggal dengan 1,9670 juta liter (ml) bersamaan 63.7 peratus; Empangan Jus, 3,6905 ml (85.4 peratus) dan Empangan Asahan, 265 ml (78.3 peratus).

Iklan
Iklan

Menurutnya, sehingga kini kerajaan negeri belum bercadang untuk melaksanakan catuan air namun tidak menolak untuk mengambil tindakan sedemikian sekiranya paras air empangan berada di tahap kritikal di bawah bacaan 45 peratus.

"Sehingga kini saya mendapati sumber air berada di tahap baik dan mencukupi dan sekiranya berada di tahap kritikal barulah kerja pengepaman dari sungai berdekatan seperti Sungai Melaka, Batang Melaka, Kesang dan beberapa lagi akan dilakukan.

Iklan

"Melaka antara negeri yang mempunyai kadar kehilangan air tidak terhasil paling rendah di negara kita iaitu kira-kira 19 peratus dan ini bukan alasan untuk rakyat melakukan pembaziran," katanya ketika ditemui, di Durian Tunggal, di sini, hari ini.

Mohd Sofi yang juga ADUN Durian Tunggal berkata, pihaknya juga tidak menerima laporan daripada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Badan Kawal Selia Air mengenai berlakunya sebarang gangguan bekalan air di mana-mana tempat kerana pihak berkenaan sentiasa melakukan pelbagai usaha bagi memastikan bekalan mencukupi.

Iklan

"Kita akan sentiasa memantau paras air ketiga-tiga empangan dan beberapa kaedah dan langkah akan direncanakan sekiranya menghadapi gangguan air.

"Saya juga harap penduduk dapat berjimat cermat dalam penggunaan air bagi memastikan tahap paras air terus stabil," jelasnya.