Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa negeri akan mengalami hujan dan ribut petir bermula hari ini sehingga 29 Oktober.
Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Keadaan cuaca di Semenanjung Malaysia masih lembap pada sebelah petang ke lewat malam dan dijangka mula berkurangan pada 25 Oktober, terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia (cuaca bertumpu di pedalaman Semenanjung Malaysia).