Azroy harap hukuman lebih ringan

Iklan
Azroy didapati positif menggunakan bahan terlarang anabolic steroid pada satu ujian yang berlangsung Mei lalu

ATLET angkat berat, Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad berharap dikenakan hukuman lebih ringan berbanding penggantungan maksimum selama empat tahun.

Terdahulu, Azroy bersama seorang lagi atlet, Muhammad Ikram Haikal Muhammad Zuari diuji positif menggunakan bahan terlarang jenis anabolic steroid dalam satu ujian yang diadakan pada Mei lalu.

Iklan
Iklan

Ekoran itu, mereka dipanggil bagi mempertahankan diri di hadapan panel Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS) dalam sesi pendengaran di Seremban pada Sabtu.

"Mereka (panel) sudah dengar apa yang saya luahkan semuanya daripada A sehingga Z bagaimana bahan terlarang ini ada dalam air kencing saya dan bagaimana saya mendapat ubat berkenaan.

Iklan

"Saya harap hukuman yang dikenakan kurang daripada empat tahun untuk saya buat persiapan bagi menghadapi kejohanan akan datang pada 2024.

"Sukan Komanwel 2022 mungkin bukan rezeki saya, saya reda. Bagi saya sekarang ini saya perlukan semangat daripada kawan-kawan untuk meneruskan kerjaya dalam sukan ini," katanya yang dipetik menerusi temu bual bersama Astro Arena selepas tamat sesi pendengaran tersebut.

Iklan

Azroy yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018 turut mengambil tanggungawab atas nasib yang menimpa Ikram Haikal.

"Secara jujurnya, dia (Ikram Haikal) mengalami kecederaan belakang ketika menjalani sesi latihan intensif bersama saya. Saya yang berikan dia ubat tahan sakit itu.

"Saya juga sudah ceritakan perkara ini kepada ADAMAS yang saya bagi ubat itu. Saya juga sudah menjelaskan kepada Majlis Sukan Terengganu dan Persatuan Angkat Berat Terengganu yang saya akan bertanggungjawab ke atas diri dia.

"Dia masih muda dan berpotensi. Mungkin silap saya kerana memberikan ubat itu kepadanya tanpa merujuk kepada doktor di ISN.

"Saya tidak menuding jari kepada sesiapa dan menuding jari kepada diri saya sendiri kerana ia semuanya memang salah saya, bukan salah sesiapa," jelasnya.