Penuntut USIM terjatuh di air terjun

Iklan
Mangsa terjatuh dari ketinggian tiga meter.

NILAI - Seorang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cedera tangan kanan akibat terjatuh dari ketinggian tiga meter di Air Terjun Sungai Mahang di sini, hari ini.

Pegawai Bomba Kanan 1 dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Jamaluddin Latif berkata, ketika kejadian jam 12.28 tengah hari itu, mangsa Ahmad Imran Nawai, berusia 21 tahun sedang mandi bersama lima lagi rakan.

Iklan
Iklan

"Difahamkan mangsa terjatuh akibat tergelincir ketika berdiri di atas batu menyebabkan tangan kanannya terseliuh.

"Rakannya menghubungi talian 999 untuk dapatkan bantuan bagi membawa mangsa turun," katanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai lapan anggota ke lokasi mengambil masa 20 minit untuk membawa mangsa turun sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Nilai untuk rawatan.