Chelsea berpesta gol di Stamford Bridge

Iklan
Mount (kiri) muncul wira Chelsea apabila meledak hatrik ketika membelasah Norwich 7-0 di Stamford Bridge sebentar tadi.

CHELSEA ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila membelasah Norwich City 7-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge sebentar tadi.

The Blues membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi jaringan Mason Mount sebelum Callum Hudson-Odoi menggandakan kedudukan berselang 10 minit kemudian.

Iklan
Iklan

Sebelum aksi babak pertama berakhir, Chelsea menambah tekanan buat Norwich apabila berjaya memperoleh gol ketiga yang disumbangkan Reece James pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, Chelsea terus berpesta gol apabila Ben Chilwell meledak gol keempat pada minit ke-57 sebelum pemain pertahanan Norwich, Max Aarons menjaringkan gol sendiri lima minit kemudian.

Iklan

Malang menimpa Norwich apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Ben Gibson diarahkan keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-65.

Pada penghujung perlawanan, Mount menambah dua lagi gol untuk merakam hatrik, sekali gus memastikan Chelsea pulang bergaya dengan kemenangan besar.

Iklan