Langkah Shah Firdaus tersekat

Iklan
Shah Firdaus beraksi dalam acara pecut dan keirin pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia di Roubaix, Perancis kali ini.

PELUMBA negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal mara ke suku akhir acara pecut individu pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia di Velodrom Couvert Regional Jean-Stablinski, Roubaix, Perancis sebentar tadi.

Dalam aksi pusingan kedua itu, Shah Firdaus terpaksa akur tewas di tangan pelumba sensasi Belanda yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Jeffrey Hoogland.

Iklan
Iklan

Terdahulu, pelumba kelahiran Muar, Johor itu berjaya menempah tiket ke pusingan kedua selepas mengatasi Martin Cechman dari Republik Czech dalam aksi pusingan pertama.

Dengan keputusan itu, perjuangan Shah Firdaus di Perancis kali ini berakhir selepas dia turut gagal melangkah ke final acara keirin apabila terkandas pada pusingan pertama, Khamis lalu.

Iklan
Iklan