DAN 2.0 pacu sektor agromakanan

Iklan
Pemodenan sektor agromakanan juga akan dipacu melalui adaptasi mekanisasi dan teknologi bagi meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK.

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjadikan agenda utama kerajaan dalam memberi jaminan terhadap keselamatan bekalan makanan negara bagi memastikan ia bukan sahaja mencukupi, malah mampu dimiliki, selamat dan berkualiti.

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pemodenan sektor agromakanan juga akan turut dipacu melalui adaptasi mekanisasi dan teknologi bagi meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Iklan
Iklan

"Ia seiring perkembangan teknologi baharu dalam era digitalisasi dan adaptasi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) serta peranan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 2021-2025,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

DAN 2.0 bakal meningkatkan pertumbuhan pendapatan dan kualiti hidup yang lebih baik kepada golongan pengusaha pertanian.

Ronald berkata, usaha itu bagi meningkatkan produktiviti, sistem sokongan dan perkhidmatan serta memperkasa rantaian nilai makanan yang secara langsung menyumbang kepada kelestarian sistem makanan.

Iklan

Menurutnya, seiring dengan usaha itu, Majlis Pelancaran Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin ini di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, DAN 2.0 merupakan dasar agromakanan baharu bagi menggantikan Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 yang telah tamat tempoh pada 2020.

Iklan
Haslina

"Terdapat enam objektif utama pelaksanaan DAN 2.0 yang bertujuan meningkatkan pertumbuhan pendapatan dan kualiti hidup lebih baik bagi pengeluar makanan serta meningkatkan output pengeluaran dan kualiti penuaian melalui peningkatan produktiviti,” kata beliau.

Mengulas lanjut, jelas Haslina, penggubalan DAN 2.0 adalah perlu dengan mengambil kira isu sekuriti makanan melibatkan daya saing dan kemampanan berlandaskan prinsip serta teras WKB 2030 dan Agenda Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030) termasuk RMK12 serta RMK13 bagi menjayakan transformasi dan pemodenan sektor agromakanan.

Sektor pertanian akan dipergiat dengan menggunakan teknologi pintar untuk meningkatkan produktiviti.

"DAN 2.0 diharap akan dijadikan panduan utama dalam pembangunan sektor agromakanan negara oleh kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya dalam usaha memodenkan sektor agromakanan serta meningkatkan sekuriti makanan negara,” kata Haslina.