Manchester City ekori rapat Chelsea

Iklan
Ilkay Gundogan antara penjaring gol Manchester City ketika menentang Brighton dalam perlawanan tersebu. - Foto Premier League

PENYANDANG juara Manchester City meneruskan rentak positif saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membelasah Brighton & Hove Albion, 4-1 dengan tonggak England, Phil Foden meledak dua gol pada perlawanan tersebut.

Pada perlawanan di Stadium Amex itu, The Citizens terlebih dulu di depan menerusi jaringan minit ke-13, Ilkay Gundogan hasil kesilapan penjaga gol The Seagulls, Robert Sanchez.

Iklan
Iklan

Anak buah Pep Guardiola kemudian melebarkan jaringan pada minit ke-28' selepas Foden menyempurnakan hantaran Jack Grealish sebelum pemain berusia 21 tersebut menterjemahkan sentuhan terakhir percubaan Gabriel Jesus bagi menjadikan kedudukan 3-0.

Babak kedua The Seagulls kembali memberikan tekanan berjaya mengurangkan defisit hasil jaringan penalti minit ke-84', Alexis Mac Allister.

Iklan

Pemain gantian The Citizens, Riyad Mahrez kemudiannya melabuhkan kempen gol di laman lawan hasil jaringan minit ke-95'.

Tiga mata dari laman lawan menyaksikan Manchester City kini melonjak ke tangga kedua liga dengan 20 mata mengekori rapat Chelsea, manakala Brighton pula di kedudukan keempat dengan 15 mata.

Iklan