Forest Skywalk atau Jejantas Rimba di Taman Botani Kepong seliaan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang telah dibuka semula kepada orang ramai sejak 16 Okt lepas selepas lebih setahun ditutup susulan penularan Covid-19.
Dengan aras ketinggian 141 meter daripada aras laut, anda boleh menikmati pemandangan panorama bandaraya Kuala Lumpur secara 360 darjah termasuk Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur serta Menara Tun Razak Exchange.
Orang ramai yang berminat untuk mencuba tarikan itu boleh membuat tempahan awal di laman web FRIM dengan bayaran tiket antara RM8 hingga RM15, yang dibuka pada 8.30 pagi hingga 3.30 petang. - Foto Bernama